Isnin, 17 Oktober 2016

Hari: 4( minggu 6/24)

Hari : khamis
Tarikh: 6 oktober 2016
Masa: 08. 00 am - 03. 30 pm
Perkara: Mesyuarat "taste selebriti" Astro Bella

Pada sabtu(8 oktober 2016) akan diadakan satu program taste selebtiri oleh astro bella di muzium padi.
Oleh itu, mesyuarat telah diadakan untuk mengenalpasti aktiviti yang boleh dijalankan.Cadangan yabg diberikan adalah demonstrasi penanaman padi, proses membuat kuih karas dan proses membuat umpin pulut padi. Selepas mendapat kepastian, kami memilih proses membuat umpin pulut padi.

Hari : 3 (minggu 6/24)

Hari : Rabu
Tarikh : 5 oktober 2016
Masa : 08. 00 am - 05. 00pm
Perkara: Melakukan kerja- kerja pejabat (muzium negeri)

Aktiviti: potostat kertas resit kewangan dan perjalanan ke melaka.

Selain itu,  Saya mengemaskini buku log harian praktikum.

Hari : 2(minggu 6/24)

Hari: Selasa
Tarikh: 04 oktober 2016
Masa: 08. 00 am - 12. 00 pm
Perkara: Merekod semula tiket pembayaran di muzium padi.

Aktiviti:
Di bilik MDF:Merekod dan menyusun semula buku tiket pembayaran dan no siri buku di dalam almari mengikut no siri dan no. Buku.

Dipejabat: Memeriksa dan merekod keluar masuk buku rekod tiket pembayaran mengikut no. Siri.

Selain itu,  Saya juga menyalin semula no siri dari buku rekod ke dalam borang untuk dimasukkan ke dalam fail rekod.

Hari: 1(6/24)

Hari: isnin
Tarikh: 3 oktober 2016
Masa: 08. 00 am- 08. 00pm

Aktiviti:
Dipejabat: mencari maklumat berkaitan permainan tradisionql kedag pada zaman dahulu.Contoh permainannya adalah teng- teng,  Sepak raga,  Sepak pedang(konda- kondi), tuju tin, rebut tiang, congkak, batu seremban dan sepak bulu ayam.

Mdf room: mengemas tiket pembayaran muzium padi. Menyusun semula tiket pembayaran mengikut no siri dan tarikh tiket yang digunakan.

Dipejabat: selain itu,  Saya juga diarahkan untuk mereka bentuk rekod-rekod resit dan no siri untuk dilekatkan pada hadapan fail. Saya juga merekod kembali no siri daripada fail supaya selaras dengan rekod penyata pembayaran resit.

Hari: 5 (minggu 5/24)

Hari: khamis
Tarikh: 29 September 2016
Masa: 08. 00 am- 03. 30 pm

Aktiviti: Dipejabat

Mengemaskini buku log dan blog.

Menghantar proposal kepada supervisor UUM.

Belajar cara- cara menjadi pemandu arah atau penyambut tetamu apabila ada tetamu dari luar daripada kedah yang memerlukan pemandu arah.

Hari: 4(minggu 5/24)

Hari: Rabu
Tarikh: 28 september 2016
Masa: 08. 00 am- 05. 00 pm

Aktiviti:
Dipejabat: melihat cara-cara membuat salinan data untuk dicetak melalui pengkalan data.

Perkarangan muzium padi: sama-sama membantu memasak bubur cha-cha sempena hari perpisahan pelajar praktikal di muzium padi.

Hari :3 ( minggu 5/24)

Hari: selasa
Tarikh: 27 September 2016
Masa: 08. 00 am- 05. 00 pm

Aktiviti:
Pejabat: Melihat cara- cara untuk memasukkan gambar ke dalam database( pengkalan data), mysql dan xampp melalui youtube.

Selepas itu, saya mencuba untuk masukkan gambar ke dalam pengkalan data berpandukan youtube.

Mengemaskini buku log dan blog. 

Hari 2: (minggu 5/24)

Hari: Isnin
Tarikh: 26 September 2016
Masa: 08. 00 am - 05. 00 pm

Tugasan: Melihat toturial cara-cara menambah gambar dalam database ke dalam xampp/ mysql.

Selain itu,  Saya mencuba untuk membangunkan sistem menggunakan xampp dan Adobe dreamweaver. Sistem ini mengenai pendaftaran artifak.

Rabu, 5 Oktober 2016

Hari 2: Minggu 5/24 ( Practikum Muzium Padi)

Tarikh: 26 September 2016
Hari: Isnin
Masa: 08.00 am-  05.00 pm

Tugasan: Melihat toturial cara-cara menambah gambar dalam database ke dalam xampp/ mysql.
selain itu, saya mencuba untuk membangunkjan sistem menggunakan xampp dan adobe drimeweaver.sistem ini mengenai pendaftaran artifak dibawah Lembaga Muzium Negeri Kedah.



Ahad, 25 September 2016

Hari 1(5/24): Muzium Padi

Hari: Ahad
Tarikh: 25 september 2016
Masa: 8 am - 5 pm

Siapkan proposal untuk dihantar kepada supervisor (En Hakimi).
Mengemas kini buku log dan blog.
Cuba untuk membuat sistem pendaftaran untuk artifak muzium

Rabu, 21 September 2016

Hari 4: (4/24): Muzium Negri Kedah

Hari : Khamis
Tarikh: 22/9/2016
Tempat: Muzium Negeri Kedah
Masa: 8 am - 3.30 pm

Mengemas kini blog,buku log dan proposal.
Majlis rewang Muzium negeri kedah,sama - sama gotong- royong menyiapkan makanan dari jam 9 pagi.

Selain itu membantu staf untuk meyusun fail.

Hari 3 (4/24): Muzium Negeri Kedah

Hari: Rabu
Tempat: Muzium Negeri Kedah
Masa: 7.30 am - 5.00 pm

Tugasan: Audit aset setiap unit muzium kedah mengikut unit dan nama pegawai.Unit yang terlibat adalah unit pentadbiran dan sumber manusia,unit kewangan,unit pembangunan dan pengurusan muzium,unit pendidikan dan penerbitan,unit monumen,unit konservasi,unit pendaftaran dan repositori,unit pameran dan pendidikan dan unit perhubungan awam dan teknologi maklumat.

Selain itu,saya mengemaskini buku log,blog dan proposal sehingga jam 5 pm.

Hari 2(4/24): Muzium Negeri

Hari : Selasa
Tempat: Muzium Negeri kedah
Masa: 8 am - 6 pm

( 8 am - 9.30 am)
Audit aset di unit perhubungan awam dan teknologi maklumat di muzium padi.

(10 am - 12.30 pm)
Menyusun semula gambar aset- aset setiap unit di muzium negeri

(12.45- 6.00 pm)
Menaip dan mengedit semula fail meja penolong kurator di muzium padi.

Hari 1: ( 4/24): Muzium Kedah

Hari : Isnin
Tempat: Muzium kedah
Masa: 8 am- 5 pm

9.30am : Mencari maklumat untuk di interaktifkan di muzium diraja kedah.Saya berjumpa dengan Pn Rahimah untuk mendapat kan maklumat tentang artifak yang mahu diinteraktifkan.

10.00 am: Berjumpa dengan Pn Intan di Muzium Negeri di Unit pendaftaran dan repositori mengenai sistem artifak yang akan dibangunkan serta mendapatkan maklumat mengenai artifak.

10.30 am: ke Memorial Tunku abdul Rahman untuk berjumpa dengan En Amri bin ahmad untuk mendapatkan maklumat mengenai artifak.

11.45 am: Menerima arahan dari En Amran untuk ke muzium negeri untuk proses pencarian maklumat aset di setiap unit.

12.00 pm: dapatkan maklumat di unit penyelidikan dan penerbitan,muzium negeri

2.00 pm: dapat kan maklumat aset di unit konservasi,muzium diraja.

3.00 pm: dapatkan maklumat aset di unit menomen di balai seni negeri.

Isnin, 19 September 2016

Hari 3 (3/24): MUZIUM PADI KEDAH

HARI : KHAMIS ( MINGGU 3/24)
TEMPAT: MUZIUM PADI
MASA: 8 PAGI-8 MALAM

Tugasan : Mereka bentuk pamplet resepi pesta masakan melayu

Software: Adobe Photoshop
                : Saiz : A4
Mereka bentuk pemplet sebanyak empat design.
En Hakimi hanya memilih satu jenis pamplet.

Hari 2 (3/24): Praktikum Muzium Padi

Hari: Rabu
Tarikh : 14 september 2016
Masa: 8 pagi- 6 petang
Tempat : Muzium Padi

Tugasan: Mereka bentuk pamplet resepi masakan melayu yang akan diadakan di Melaka. Saya diarahkan untuk membuat latar belakang pamplet yang merangkumi muzium - muzium negeri kedah.

Hasil kerja yang dibuat akan disemak oleh En Hakimi untuk dibawa ke pameran pesta masakan melayu di melaka pada jumaat ini

Software: Adobe photoshop
                : saiz : 9 x 21

Rabu, 14 September 2016

Hari 2 (3/24): Prakltikal Muzium Padi

Hari    : Rabu
Tarikh: 14 September 2016
Masa  : 8 am - 6 pm

Diberi tugasan untuk mereka bentuk pamplet (kad) resepi sempena Pesta Masakan Warisan Kedah yang akan diadakan di Melaka.

Saya mengunakan Adobe Photoshop untuk mereka pamplet tersebut. Saya dan rakan-rakan membahagikan tugasan, Saya ditugaskan untuk membuat lakaran bahagian belakang pamplet yang mengandungi gambar-gambar muzium dan artifak-artifak yang terdapat di muzium tersebut.









Isnin, 12 September 2016

Hari 1(3/24): Praktikal Muzium Padi

Hari : Ahad
Tarikh : 11 september 2016
Masa : 8 am - 2 pm

Saya diarahkan untuk membuat notis pemberitahuan satu tanda arahan dilarang masuk kecuali staff dan sila ambil resit selepas pembayaran.

Saya menggunakan microsotf publiser untuk melakar tersebut. Selain itu,saya menggunakan adobe photoshop untuk mengedit icon - icon yang ingin diletakkan.

Khamis, 8 September 2016

PAMERAN SILANG BUDAYA 2016

Hari 5(2/24) : praktikum

Hari : Khamis
Tarikh : 8 september 2016
Masa : 8 am - 3.30 pm
Tempat : Muzium Negeri

Hari ini merupakan hari bagi Pelancaran dan perasmian Pameran Silang Budaya 2016.Aktiviti ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Selepas acara selesai semua hadirin dijemput untuk menjamu selera tengahari di dewan taklimat.

Saya dan rakan- rakan berasa sangat berpuas hati dengan hasil kerja selama 2 hari malah kami berasa sangat kagum dengan diri sendiri kerana dapat melakukan tugasan dengan baik.

Rumusan : Saya dan rakan- rakan dapat memberi idea dan melakukan kerja untuk pameran silang budaya dengan baik dan En Hakimi berpuas hati.

Hari 4(2/24): Praktikum

Hari: Rabu
Tarikh: 7 september 2016,minggu ke-2
Masa: 8 am - 10 pm

Muzium padi - membuat tugasan sendiri sementara menunngu arahan.

Diminta ke Muzium Negeri bekenaan Pameran Silang Budaya 2016 pada jam 10 pagi

Muzium Negeri - mengemas kini banting silang budaya, buku aktiviti,backdrop gambar dan backdrop logo.Tugasan ini dibahagikan supaya tidak membuang masa. Tugasan ini selesai kira- kira jam 7 pm. Selepas itu, semua kerja selesai kira - kira jam 10 malam selepas print semua buku aktiviti itu selesai.

Rumusan: Saya dan rakan-rakan  belajar mengendalikan sebuah acara yang besar yang melibatkan 7 buah negeri iaitu selangor,perak,kedah,pulau pinang,kuala lumpur dan johor

Hari 3(2/24) : Praktikum Muzium Padi

HARI: SELASA
TARIKH: 6 SEPTEMBER 2016
MASA: 8 am - 9 pm

8 am - 2 pm : En Hakimi mengarahkan saya dan rakan-rakan untuk membuat satu banner untuk pameran SILANG BUDAYA  2016 yang akan dilancarkan pada hari Khamis, 8 september ini.Pameran ini juga akan berlansung selama sebulan bermula 8 september sehingga 7 oktober 2016.

2.30 pm - 4.30 pm: Perbincangan bersama para pensyarah UUM dan En Hakimi mengenai projek antara pihak UUM dan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Saya dan rakan-rakan diberi projek sebanyak 7 projek iaitu 1 database dan 6 digital catalog. 6 digital catalog tersebut merangkumi 6 muzium dibawah lembaga muzium negeri kedah.Pensyarah yang terlibat dalam projek ini adalah Dr Juliana, Puan Asmidah, Dr Rozinor, En johan dan Puan Aini.

5 pm - 9pm: Selepas waktu bekerja,kami diberi tugasan untuk membuat banting 'banner',banting untuk selfie dan buku aktiviti untuk Pameran silang budaya.

Hari 2( 2/24): Praktikum Lembaga Muzium Negeri Kedah

HARI:ISNIN
TARIKH: 5 SEPTEMBER 2016
MASA: 8 am- 5 pm

8 - 10 am : Masih ditempatkan di perpustakaan Muzium Negeri dan masih belum mendapat apa - apa tugasan.

10 am : Perbincangan bersama En Hakimi dari Bahagian promosi dan teknologi maklumat,Muzium Padi. Kami membincangkan mengenai projek dan tugasan harian yang perlu dilaksanakan. Selain itu, saya juga menghantar duty report kepadanya untuk mengesahkan bahawa saya hadir untuk melaporkan diri.

11 am - 5 pm: Atas arahan En Hakimi,saya dan rakan-rakan yang lain berpindah ke Muzium Padi kerana bahagian promosi dan teknologi maklumat berada di Muzium Padi.

Hari 1(2/24): Praktikum Muzium Negeri Kedah

HARI: AHAD
TARIKH: 4 SEPTEMBER 2016
MASA: 8 am - 5 pm

Tiada apa yang berlaku hari ini. Saya bersama 6 rakan yang lain ditempatkan di perpustakaan Muzium Negeri kerana masih menunggu persetujuan dari pihak Muzium tentang proses penempatan dan projek yang akan dijalankan.

Hari 1(1/24): Praktikum Lembaga Muzium Negeri

HARI: KHAMIS
TARIKH: 1 SEPTEMBER 2016
MASA: 8 - 10 am

Hari pertama melaporkan diri sebagai pelajar praktikum di Lembaga Muzium Negeri Kedah

Saya diminta untuk melaporkan diri di Pejabat Muzium Negeri di Bahagian Sumber Manusia iaitu berjumpa dengan En Amran.

En Amran menerangkan tentang etika pemakaian dan waktu pekerjaan.

Selain itu,pada jam 9 pagi,saya diminta untuk ke dewan taklimat Muzium Negeri untuk mendengar taklimat berkaitan pakej yang diberikan dari pihak celcom yang disampaikan oleh En shahbani dari bahagian korporat.